PERTAMA
Elakkan diri daripada segala perbuatan perosak pahala puasa, menjauhkan diri daripada mengumpat, mencela dan memfitnah. Diriwayatkan oleh Al-Thabrani dari Rasulullah SAW bersabda: "Puasa itu Junnah (perisai) selama ia tidak dirosakkan dengan dusta dan umpat."
KEDUA
Kurangkan makan dan minum sewaktu berbuka dan bersahur. Orang yang berpuasa tidak akan dapat faedah berpuasa apabila gelojoh sewaktu berbuka dan sewaktu bersahur. Kesannya: kegagalan fungsi puasa sebagai pemotong hawa nafsu atau mematahkan syahwat yang berlebihan.
KETIGA
Kurangkan tidur terutama di siang hari. Kebanyakan antara kita mencari-cari jalan untuk tidur agar tidak keletihan berpuasa. Ini boleh menghilangkan rahsia dan hikmah puasa yang sebenarnya. Sepatutnya, keletihan dan kesusahan yang harus kita harungi dan kita hayati.
KEEMPAT
Menahan hati daripada memikirkan keinginan-keinginan yang remeh dan urusan-urusan yang tidak baik. Kita juga kerap memikirkan persediaan-persediaan menyambut hari raya yang kadangkala lebih banyak diselaputi kemewahan. Sepatutnya puasa mendorong kita menghindari sikap itu.
KELIMA
Sentiasa memikirkan azab akhirat dan memikirkan seksa neraka. Hendaklah kelaparan dan kehausan itu mengingatkan kita tentang kelaparan ahlul mahsyar pada hari akhirat yang sangat dahsyat.
KEENAM
Mencambahkan rasa berharap kepada keampunan dan kasih sayang Allah Taala. Kita tidak mengetahui, apakah puasa kita diterima oleh Allah atau tidak. Puasa tanpa adab samalah ertinya kita makan tanpa zat dan khasiat.
Pycno telah memetik 6 Adab Puasa dari Risalah Ramadhan yang Pycno terbaca dua hari yang lalu. Ingin pula rasanya untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat di sini. Apakata kita muhasabah diri dan menilai sejauh mana kita patuh dengan 6 adab tersebut.
Bagi diri Pycno sendiri, yang PERTAMA - mungkin yang paling sukar. Saya bukan lah seorang yang suka berdusta atau mengumpat, terutama sekali di bulan Ramadhan. Tetapi apabila ada orang yang datang bersembang dan membuka cerita di hadapan saya dan mula masuk ke daerah terlarang diatas, saya terpaksa mengakui bahawa saya agak keberatan untuk memberitahu dia supaya menghentikan nya. Penyudahnya, saya turut sama mendengar, walaupun dalam hati ada rasa bersalah dan merasa bahawa kurus lah puasa saya pada hari tersebut.
KEDUA - Pada masa berbuka atau bersahur, saya rasa saya sendiri tidak pernah gelojoh. Makan pun tidak lah memilih. Apa yang ada tu, cukup lah. Namun, apabila berpuasa di kampung, saya terpaksa mengaku agak terlebih makan. Mungkin ini disebabkan pilihan juadah yang banyak, murah serta bersesuaian pula dengan selera. Ini ditambahkan lagi dengan suasana riang bila dapat bersama keluarga.
KETIGA - Saya memang kurang tidur, apa lagi pada bulan puasa. Pernah saya beritahu dulu bahawa saya lah orang nya yang jadi tukang kejut semua ahli keluarga pada bulan puasa ini. Kalau tidur di siang hari pada bulan puasa pun, biasa nya dengan satu niat sahaja - untuk lebih sihat dan cergas waktu sembahyang Tarawih pada malam nya. Itu pun, kira tak boleh juga ke?
KEEMPAT - Memikirkan persediaan menyambut hari raya tu, tak ada lah sangat. Mungkin ini disebabkan saya memang sudah lama membeli baju-baju Raya untuk anak, isteri dan juga diri sendiri. Kuih-kuih memang tidak pernah buat sendiri pun. Beli yang sudah siap dan tidak lah menghabiskan masa.
KELIMA - Ini mungkin kurang di buat. Bukan kerana tidak mahu memikir. Rasa nya lebih kerana tidak terfikir untuk memikir tentang itu....mungkin kerana sibuk. InsyaAllah sekarang dah tahu, akan saya mencari masa untuk berfikir.
KEENAM - Ini memanglah saya mengharap sangat. Satu-satu nya sebab mengapa Pycno gembira dan seronok sekali tiap kali menyambut Ramadhan, ialah kerana rasa lebih hampir, lebih ikhlas serta lebih insaf setiap kali memohon rahmat serta keampunan dari Allah taala.
Anda bagaimana? Sudi berkongsi?
Thursday, September 20, 2007
Sunday, September 16, 2007
5 perkara
Kalaulah kita semua boleh mengingati dan mengamalkan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara ini, InsyaAllah selamat kita semua dunia dan akhirat.
Selamat menyempurnakan ibadat puasa di bulan Ramadhan, dan semoga ini adalah Ramadhan TERBAIK untuk kita semua.
Selamat menyempurnakan ibadat puasa di bulan Ramadhan, dan semoga ini adalah Ramadhan TERBAIK untuk kita semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)