Saturday, December 16, 2006

Cinta.

Sungguh pun Pycno suka menonton, tidak lah pula gemar Pycno mengheboh-hebohkan cerita apa yang telah ditonton atau bakal ditonton. Bukan nya apa....Pycno sendiri tidak bangga dengan hobi ini, malah sedar dan malu dengan diri sendiri. Ingin sekali saya mencari sebab dan alasan untuk membawa bersama anak atau isteri untuk menonton bersama. Setidak-tidaknya kalau terserempak dengan orang yang mengenali Pycno di pawagam, senang saja saya memberikan alasan bahawa Pycno sebenarnya di 'paksa' anak atau isteri untuk menemani mereka menonton, walaupun hakikat adalah sebaliknya.

Paling saya gemar ialah menonton sendirian di pawagam yang tidak ramai penonton, atau lebih baik lagi, langsung tidak ada orang yang menonton selain dari Pycno. Apa lagi kalau cerita nya bagus, dapatlah saya menghayati cerita sepenuhnya tanpa gangguan orang disebelah yang mengunyah bertih jagung atau menghirup coke atau pepsi, siap dengan kesan bunyi nya sekali. Pycno juga tidak sabar dengan orang yang menerima panggilan dari telefon bimbit mereka sewaktu menonton. Demikian juga dengan pasangan yang bukan sebenarnya berhajat untuk datang menonton, tapi sebaliknya lebih berminat untuk berlakon didalam panggung. Gelagat-gelagat yang kurang sihat inilah menyebabkan Pycno tidak berapa gemar untuk membawa anak-anak bersama. Mujurlah juga anak-anak saya sendiri tidak pula gemar menonton.

Namun begitu, kalaulah anda kelapangan, pergilah menonton filem CINTA. Bawalah anak dan pasangan anda bersama. Ada pengajaran untuk semua. Saya telah membawa Bea dan anak-anak menonton semalam, dan kami semua bersetuju ini adalah satu-satu nya filem Melayu yang baik sekali. Kalau sudah menyaksikan filem itu nanti, berikan apa pendapat anda mengenainya.

Selamat menonton...

P/S: Untuk menyenangkan Mama Sarah menyanyi bersama, saya sertakan lirik lagu dari UNGU. Mama sarah hanya dibenarkan menyanyi bersama, BUKAN me'nyumbangkan' lagu tersebut, ya!! ;)

Tercipta Untukku


menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku

banyak kata
yang tak mampu kuungkapkan
kepada dirimu

Chorus:
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu