Paling saya gemar ialah menonton sendirian di pawagam yang tidak ramai penonton, atau lebih baik lagi, langsung tidak ada orang yang menonton selain dari Pycno. Apa lagi kalau cerita nya bagus, dapatlah saya menghayati cerita sepenuhnya tanpa gangguan orang disebelah yang mengunyah bertih jagung atau menghirup coke atau pepsi, siap dengan kesan bunyi nya sekali. Pycno juga tidak sabar dengan orang yang menerima panggilan dari telefon bimbit mereka sewaktu menonton. Demikian juga dengan pasangan yang bukan sebenarnya berhajat untuk datang menonton, tapi sebaliknya lebih berminat untuk berlakon didalam panggung. Gelagat-gelagat yang kurang sihat inilah menyebabkan Pycno tidak berapa gemar untuk membawa anak-anak bersama. Mujurlah juga anak-anak saya sendiri tidak pula gemar menonton.
Namun begitu, kalaulah anda kelapangan, pergilah menonton filem CINTA. Bawalah anak dan pasangan anda bersama. Ada pengajaran untuk semua. Saya telah membawa Bea dan anak-anak menonton semalam, dan kami semua bersetuju ini adalah satu-satu nya filem Melayu yang baik sekali. Kalau sudah menyaksikan filem itu nanti, berikan apa pendapat anda mengenainya.
Selamat menonton...
P/S: Untuk menyenangkan Mama Sarah menyanyi bersama, saya sertakan lirik lagu dari UNGU. Mama sarah hanya dibenarkan menyanyi bersama, BUKAN me'nyumbangkan' lagu tersebut, ya!! ;)
Tercipta Untukku
menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku
banyak kata
yang tak mampu kuungkapkan
kepada dirimu
Chorus:
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu
24 comments:
lagu apa kat blog pycno ni? syahdunya melodinya? liriknya lambat sikit saya nak hayati.
saya pun segan utk mengwar-warkan yang saya telah menonton movie di pawagam. yang sebenarnya saya boleh kira dengan jari berapa kali saya ke panggung pun.
Lebih selesa jika dapat menonton di ruang tamu rumah sendiri. boleh bawa duvet kalau sejuk :)
Hmmm, now that you;ve said it's good, kena tengok jugalah. kalau tak silap Rahim RAzali ada berlakon kan?
Nah Mama Sarah, Pycno dah letakkan lirik nya sekali.
Dah tak boleh tengok cerita CINTA, nyanyi aje lah lagu yang syahdu tu.. ;)
wah.... sunyi apakah kerana mengimbai kisah silam selepas menonton 'cinta'? atau pycno turut berlakun di panggung kerana kali ini membawa bea bersama? takkan tak pegang tangan?
tapi seperti dalam trailer, saya kerang setuju dengan kat-kata rahim razali,
"isteri bukan untuk dimilik tetapi..." (<---hehehe nak jadi konroversi ni).
bagi saya kedua-duanya kerana dalam Quran mengatakan sedemikian. milik selagi ada ikatan tetapi dengan peraturan-peraturan yang yang ditanggung-jawabkan dan pemilikan ini bersifat sementara selagi ikatan tidak putus.
Bila saya melihat pra-tonton2 filem cinta ini di talibesen, memang tercetus rasa ingin menontonnya. Namun olehkerena saya telah menge'ban'kan diri serta keluarga saya dari menjejak jari jemari kaki kami ke panggong wayang di atas sebab musabab yg telah Pycno senarai-panjangkan di atas , maka saya pasrah menunggu ehsan orang membeli DVD nya nanti.
Tapi dari pra-tonton2 yg dilayarkan baru2 ini, saya lihat ada seorang dua pelakon yg agak overacting. Betul tak Pycno?
Satu lagi filem yg telah diberi 'coverage' yg meluas ialah CicakMan. Pycno tak pergi tengok ke? Katanya hebat jugak.
Mama Sarah - Dah pandai nyanyi lagu tu? Sedap kan? Itu sebenarnya bukan lagu dari CINTA, tapi oleh kerana liriknya ada kaitannya dengan cinta juga, lantas Pycno letak disini untuk mengiringi entri kali ini.
Menonton di rumah memang selesa juga, tapi saya suka the sensurround feeling that you get from watching the movie in the theatre. And yes, Dato Rahim Razali was one of the actors in the film. Together with Fatimah Abu Bakar, theirs was the best segment of love. Superb acting from both.
Ikelah - Lakonan Pycno hanya sekadar di alam maya....tu pun tidak berapa menjadi...he...he...Lagi pun bagi Pycno, "Cinta tidak semesti nya dengan berpegangan tangan. Hati dan perasaan Bea yang Pycno usap dan belai"....Chewah!!!
Seriously, what was said by Rahim Razali has to be understood in the context of the scene in the movie. I'm restraining myself from telling the details, for this is one movie that honestly I want you to see, Ikelah. Take DITH with you and dont forget the kids too. Dont forget to bring with you a box of tissues....make that a BIG box!! ;)
DITH - Can you not lift the ban just this once DITH? I understand, agree and fully support your stand on this, but just this once, please?
Ini satu-satu nya filem yang membuat you rasa sebak menonton nya, dan terfikir-fikir lama selepas keluar dari panggung. I even saw Elvis kisssing his mum a couple of times whilst watching the movie. There are a couple of soppy scenes, I must admit. But overall, superp acting. Scenes are all tied up beautifully together. The accompanying music and background songs are simply mind blowing. I'll give a 5 out of 5.
unfortunately, im no good with films like this pycno. sounds interesting though. bila keluar astro?
Wah sportingnya pycno bagi lirik sekali. I'm guessing, UNGU is an Indonesian band. Nice melody though.
the surround system in a panggung wayang, that i cannot tahan. too loud, sakit telinga. apa lagi kalau cerita action, fuish bocor rasa telinga.
DITH, ejaan talibesen anda membuat saya ketawa. Anda memang lucu. Nanti setahun dua lagi keluar lah cerita tu di tv time hari raya.
hahaha.... i tak tengok kan panggung cerita macam ni, DVD mungkin..... sebabnya bukan i tak boleh appreciate tapi just love to watch at home. macam LOD i tengok kat panggung sebab nak layan permintaan budak-budak je once a while.
lagu ni, i yakin indon sebab sedap...hehehe... marah pemuzik malaysia. indonesian's voice memang sedap dan merdu. i could still remember masa relief mission di jogja, meremeang bulu tengkok bila dengar budak-budak indon ni nyanyi...mereka mennyayi dengan tenang, berhibur dan menghiburkan. macam penyanyi kita, masa mereka nyanyi tak nampak mereka enjoy themselves, so it will not reach the listener.
sorry, panjang pulak.
Wow- 5 out of 5!! That's something. Sungguh generous rating diberi.
Hmmm...nak pergi , tak pergi, nak pergi, tak per....
*dith searches for KKL and OK...kalau ajak depa sekali join sure best*
ps. Lagu group Indon memang enak dan nyaman didengar ye Pak Pycno. Lagu ini memang saya suka sekali. Tapi ya, kenapa Ungu di spellingkan dgn satu G sahaja ya?
DITH, Macamana eja ungu? unggu ke? what is ungu/unggu? bukan ungu = purple kah?
habis tu, unggu= apa?
ikelah; LOD tu cerita apa?
pycno email kan lagu "tercipta untukku" tu, please:
mynn.zero@gmail.com :D
thank you. (ada orang dah jiwang ehem*mamasarah*ehem)
Mynn - You may not like this genre of movies, but believe me, you'll want to see this more than once. I challenge you to see this with an open heart :)
Mama Sarah - Yes, it is an Indonesian band. I agree that action movies are very much capable of making holes in your ear, but if you were watching a love story, then I guess that you would want the volume to be even louder than normal. Supaya orang sebelah tak dengar Mama Sarah menangis :)
By the way, cerita ni tak sedap ditonton di Hari Raya bersama tetamu. Kena tengok seorang diri atau bersama orang tersayang. Just to cry your heart out.
Ikelah - I fully agree with you that the Indonesian people are better singers when it comes to easy listening. And that suits Pycno just fine, being a light and easy listener.
DITH - You go watch the movie, and I'm sure you'll give it ten out of five. Jangan tak mahu keluar panggung wayang, sudah :)
PERGI AJE LAH AND DRAG KKL AND OK WITH YOU. You can even bring those who are not ok with you. And believe me, after watching the movie, everything will be just fine and ok :)
Eh, eh DITH. Which is the correct spelling? Ungu or Unggu?
Mynn and Mama Sarah - I've already sent the song to both of you with LOVE. Do check your mail.
p.s. Sekali ni, mesti leleh Mama Sarah mendengar. Jangan lupa masak nasi pula.
mynn; Ey selamba je tuduh i jiwang!!! I kan jenis tak menghayati lirik lagu.
Pycno: it's 3.40 am. Anak2 demam - both mengerang dalam tidur. Kesian tengok. Syukur Allah beri perasaan cinta dan sayang bila pandang wajah anak2. tak sampai hati nak tidur time mereka tak sihat ni.
Mama Sarah - You're a good mother Mama Sarah, and a mother is she who can take the place of all others.
Dah sihat anak-anak? Take care. :)
:D Saya musykil yang OK nak tengok cerita Cinta ni. Almaklumlah,OK kan macho, tidak sesuai cerita soppy macam ini. Kalau cerita Transformers the Movie itu saya rasa harus juga dia akan memujuk saya supaya menonton bersamanya.
Saya terlihat di talibesen tempohari bahawa di TV2 ada promosi tayangan filem2 menarik 'Seven 2 Seven'. Saya amat rekomen, dengan tinggi sekali, filem Tamil 'Sivakasi' yang bakal disiarkan. Cerita tersebut begitu kelakar dan penuh dengan aksi2 hebat dan mencuit hati. Semasa di UK saya bersama 'adik-beradik' (Kakak saya Kak Waheedah dan abang saya Rajesh) telah menyewa DVD ini dari Alperton. Sewaktu itu masing2 begitu tension sekali dengan thesis PhD, sehingga muka kami masam mencuka sentiasa adanya. Semasa menonton Sivakasi kami tertawa terbahak2 tidak kering gusi. It is the one Tamil movie I don't mind owning and watching over and over again for its entertainment and stress reliever value. Lawaknya ada macam P Ramlee juga. Jangan lupa menonton Sivakasi ye!!!
*mengeloh*...sekarang dah tambah satu lagi movie kena tengok, Sivakasi!
KKL - Nasib baik KKL kasi tahu sama kita.
Sekarang kita akan kasi tahu semua kawan-kawan kita untuk menyaksikan SIVAKASI.
Pycno - Belum tengok dah tergelak!!
DITH - Jangan lupa tengok kedua-dua movie tersebut.
Satu boleh kasi awok nangis, satu lagi kasi awok tergelak!!
Selamat meyambut Raya dan Tahun Baru!!
I have't watched the movie... ade sesape yg berbelas kasihan nk post me the dvd?? hehe. mungkin can lift my prejudice towards malaysian movies, who knows? ;) Love the song by Ungu. BTW spelling die memang satu U je..
Fi,
Satu U ke dua U?? heheh
Pycno-
Post ke Sofi, DVD Cinta and Sikasi, hehe
Salaam..
Haven't watched the movie yet.. but I heard some pretty good reviews about it.. Ramai kata ada pengajaran? And some says that it's not a typical movie.. I'll have to see it for myself..
If you want an empty cinema.. go to Amcorp Mall.. That's where we bring our brother to watch movies.. so that he can make his loud comments about "that cute Nemo" without bothering others ;)
Semua pun kaki wayang rupanya!
pycno, selamat hari raya aidiladha. dan selamat tahun baru. raya kat mana? salam kepada keluarga.
p/s: hiyoshi, saya tak kaki wayang.
pycno, i've watched "cinta" last week and it IS cerita melayu yang baik. As embarassing as this may sound, I cried too many times during the movie. At first, I tried to hide the tears, trying in my best to wipe em away as subtle as I could but there came a point where I went, "ugh, I don't care whether ppl see me cry or not, this movie is too sad to not cry". Haha!!! Of course, there are a lot of pengajaran and some funny moments too. It seems malay movies have come out from the rut! Sekarang, lebih banyak malay movies yang berasaskan different plots and interesting story lines. Not like a few years ago where only Yusof Haslam's and Razak Mohaideen's movies were made.
Post a Comment