Tuesday, February 20, 2007

Tentang Rumah Yang Belum Siap, Majlis Pertunangan dan Singa Yang Menjelma

Sudah lebih sebulan berlalu, dan rasa nya telah terlalu lama saya menghilangkan diri dari alam cyber. Walau pun ‘malas’ telah saya jadikan sebagai alasan sebelum ini, namun itu bukan sesungguhnya alasan yang sebenarnya. Sibuk tu, memang lah sibuk juga. Tapi, siapa pula, terutama sekali yang tinggal di ibu kota ini, yang tidak sibuk, ya?

Selama sebulan lebih yang telah berlalu, banyak sekali yang telah berlaku. Ada yang boleh saya berkongsi dengan rakan-rakan di sini, ada yang tidak boleh, dan ada juga yang saya sendiri tidak tahu cara untuk berkongsi. Entah bagaimana, tetapi tiba-tiba terasa perkataan dan ungkapan samada dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Ibunda sudah tidak cukup untuk menggambarkan segala apa yang di rasa dan di lalui. Sementelah pula, saya sedari bahawa penguasaan bahasa saya tidak lah begitu baik, ditambah cacatkan lagi oleh kurangnya latihan yang di buat.

Walau apa pun, biarlah kita berbicara tentang perkara-perkara yang boleh dan sanggup saya kongsikan bersama dengan anda di sini. Yang selebihnya, mungkin ada rakan lain yang akan menyentuh dan memperkatakan tentang nya, atau juga, suatu hari nanti, saya mungkin akan diberikan ilham serta kekuatan untuk menulis mengenainya.

Saya pernah memberitahu pada Aidil Fitri yang lalu, bahawa saya sedang membaiki rumah yang di diami oleh ibu saya di kampung. Pada masa itu harapan saya, ianya dapat disiapkan pada Hari Raya Korban. Betul sebagaimana dijangkakan oleh DITH….memang ianya belum lagi siap. Mungkin lepas ini DITH boleh menilik bila pula saya akan mendapat kenaikan gaji? Bergurau sahaja. Lebih baik saya bertanya kepada bos saya (Aha! Adakah itu bermakna pycno makan gaji? Jeng jeng jeng….)

Bagaimanapun, beginilah rupa rumah itu sekarang. Lebih baik daripada dulu, tidak begitu?

Seperti jangkaan drroza, beginilah rupa rumah ibu saya yang belum siap. Seperti sebuah kubu pertahanan Belanda.


Salah satu sudut di dalam bilik ibu saya


Inilah rupa siling berhias di dalam. Saya sukakan motif yang ringkas sahaja


Adakah para pembaca sekalian masih mengingati Arwah Pakcik Lan dan Mak Nab? Semalam, anak bongsu mereka melangsungkan pertunangan dengan seorang jejaka pilihan hatinya. Memandangkan ibu bapanya sudah tiada, maka kakak sulungnya, Fuzainee yang mengaturkan segala persiapan untuk acara istimewa itu. Saya berasa sangat gembira menghadiri upacara pertunangan tersebut kerana dapat berjumpa dengan ramai sanak saudara saya yang berasal dari sebelah Johor.


Dan walaupun saya tidak melafazkannya di majlis tersebut, namun saya pasti sekiranya arwah Pakcik Lan dan Mak Nab masih ada, mereka tentu akan merasa terlalu gembira dengan pertunangan anak bongsu mereka itu. Saya dapat bayangkan Pakcik Lan dan jenaka-jenakanya yang sentiasa menghiburkan hati para hadirin, manakala Mak Nab pula tentu sekali akan sibuk membuat kerja sambil berceloteh bersama para wanita di dapur.

Kepada Nur Hafizah Mazlan, ucapan TAHNIAH dari Abang Pycno.....(itu lah nama Abang di alam cyber ini). Beritahu awal-awal ye bila nak kenduri nanti. Kami semua nak pergi ke Johor beramai-ramai untuk memeriahkan majlis dan bertemu sanak saudara di sana.

P/S: Dan baru sebentar tadi, rumah jiran kami di kunjungi dua ekor Singa. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga di tahun "Baby" ini, kita semua akan mendapat kebaikan dan kesejahteraan

Sang Singa mencari-cari ang pau

Seperti mahu berkelahi pula mereka berdua ini. Agaknya yang satu mendapat ang pau lebih?

9 comments:

Mama Sarah said...

semoga diberi lebih banyak ilham untuk menulis selepas ni.

tahun "baby" tu apa ya? hmmm *garu kepala*

Arifah said...

Tahun PIG lah mama sarah. Hehhe.

The interior design of the house is simple but catchy. =)

Mama Sarah said...

pycno & afie, ni cepat2 datang nak cakap baru tahu pasal 'baby' tu. hehehe... sungguh kurang peka!

betullah, hari tu ada orang kata yang saya ni memang tak saling tumpah "katak bawah tempurung". isykh isykh.

ifos said...

Hehe... tahun 'baby'- that's too cute.

You write well in BM lah- keep on writng. Hehe.

hopefully the house will be done before next raya... ?

Anonymous said...

cantik rumah tu. warna pon lembut. takperlah. lambat siap tapi puas hati.

Suriya said...

tagged you!

Anonymous said...

You have been tagged.
Just for fun. ;)

http://ikelah.fotopages.com

Jamil said...

The lions didn't do their acrobatic act where they balance on top of poles? No? Well, that's a shame....

They could have at least attempted the feat using a street lamp pole. That'd been nice.

ayumi said...

Salaam..
Love the motive! Cantik betul. Post a picture once the house dah siap. I was away in Ireland during CNY.. and there was a lion dance there. Guess I didn't miss anything ;)