Perubahan pada lagu yang mengiringi entri ini hanyalah sekadar menandakan kejayaan Pycno yang baru sahaja menamatkan 'puasa 6'.  Syukur Alhamdulillah.  Walaupun rancangan pada awalnya ialah untuk memulakan puasa enam hari di bulan Syawal, sehari selepas Hari Raya Aidil Fitri yang lalu, Pycno hanya berjaya memulakan misi pada hari Isnin yang lalu.   Itu pun Pycno tidak dapat melaksanakan nya secara berterusan.  Maklum saja lah, bila sudah mula bekerja, ada-ada saja cabaran nya, samada dalam bentuk jamuan yang diadakan di pejabat, atau jemputan rumah terbuka yang di adakan.  Tidak kurang juga cobaan dan dugaan dalam bentuk kueh-mueh yang masih ada di rumah, di tambah pula dengan ahli keluarga yang semuanya belum lagi memulakan puasa 6 lagi.
Sebenarnya Bea kurang sihat sejak seminggu yang lalu, batuk dan demam.  Alhamdulillah beliau sudah kembali pulih, bahkan sudah memulakan berpuasa hari ini.  Jadi sempat juga lah kami  berbuka puasa bersama-sama petang tadi.  (Bagi Bea puasa hari pertama)  Pada kebiasaan nya, Bea yang lebih awal menamatkan puasa 6 nya, tapi kali ini Pycno yang berjaya mengatasi nya.  Sebagai merayakan kejayaan, selepas menghantar Elvis ke pusat tuisyen 8 malam tadi, Pycno bawa dan belanja Bea makan di Kopitiam Old Town, di cawangan terbaru mereka di Alpha Angle, Wangsa Maju.  Kami minum kopi susu, dan makan roti bakar disapu kaya dan mentega, dan telur masak separuh.  Makanan nya 'simple' sekali, tapi suasana di situ mengembalikan ingatan kepada zaman 60an dan awal 70an.  Terkenang Pycno betapa seronoknya minum di kedai kopi sebegitu bersama arwah Ayah dulu.  Kalau lah Ayah masih ada, pasti Pycno membawa nya untuk minum bersama-sama lagi, tapi apakan daya...
Sebagai merayakan kejayaan menamatkan puasa 6 ini juga, InsyaAllah Pycno bercadang untuk membawa Bea dan Elvis bercuti 3 hari 2 malam.  InsyaAllah, kami akan ke Pulau Pinang pada hari Rabu ini.  Bea sebenarnya agak keberatan untuk pergi sebab katanya, beliau baru sahaja memulakan puasa Syawal nya.  Tapi Pycno memujuknya dan berjanji akan memberikan sokongan moral agar puasa nya tidak akan terjejas, bahkan ini juga memberi peluang baik bagi Bea untuk berbuka puasa dengan nasi kandar di Penang nanti.
Okay lah, kalau rajin Pycno akan menulis lagi di Penang nanti.  Kalau tidak, dengar dan nikmati serta hayati lah lirik puitis dari M. Nasir dalam lagu ini... 
Satu hari di Hari Raya 
  Ku lihat cahaya bersinar indah 
  Langit cemerlang tak terkira 
  Tanda kuasa yang Maha Esa 
  Memberi nikmat pada manusia 
   
  Satu hari di Hari Raya 
  Ku dengar irama yang sungguh indah 
  Ku coba mendekati padanya 
  Kira irama itu adalah 
  Suara pujian pada yang Esa 
   
  Satu hari di Hari Raya 
  Aku menangis tanda gembira 
  Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya 
   
  Satu hari di Hari Raya 
  Ku lihat wajah suci ibuku 
  Ku lihat wajah kasih ayahku 
  Ku gembira 
  Mungkin inilah dia kebahagiaan