Sebenarnya Bea kurang sihat sejak seminggu yang lalu, batuk dan demam. Alhamdulillah beliau sudah kembali pulih, bahkan sudah memulakan berpuasa hari ini. Jadi sempat juga lah kami berbuka puasa bersama-sama petang tadi. (Bagi Bea puasa hari pertama) Pada kebiasaan nya, Bea yang lebih awal menamatkan puasa 6 nya, tapi kali ini Pycno yang berjaya mengatasi nya. Sebagai merayakan kejayaan, selepas menghantar Elvis ke pusat tuisyen 8 malam tadi, Pycno bawa dan belanja Bea makan di Kopitiam Old Town, di cawangan terbaru mereka di Alpha Angle, Wangsa Maju. Kami minum kopi susu, dan makan roti bakar disapu kaya dan mentega, dan telur masak separuh. Makanan nya 'simple' sekali, tapi suasana di situ mengembalikan ingatan kepada zaman 60an dan awal 70an. Terkenang Pycno betapa seronoknya minum di kedai kopi sebegitu bersama arwah Ayah dulu. Kalau lah Ayah masih ada, pasti Pycno membawa nya untuk minum bersama-sama lagi, tapi apakan daya...
Sebagai merayakan kejayaan menamatkan puasa 6 ini juga, InsyaAllah Pycno bercadang untuk membawa Bea dan Elvis bercuti 3 hari 2 malam. InsyaAllah, kami akan ke Pulau Pinang pada hari Rabu ini. Bea sebenarnya agak keberatan untuk pergi sebab katanya, beliau baru sahaja memulakan puasa Syawal nya. Tapi Pycno memujuknya dan berjanji akan memberikan sokongan moral agar puasa nya tidak akan terjejas, bahkan ini juga memberi peluang baik bagi Bea untuk berbuka puasa dengan nasi kandar di Penang nanti.
Okay lah, kalau rajin Pycno akan menulis lagi di Penang nanti. Kalau tidak, dengar dan nikmati serta hayati lah lirik puitis dari M. Nasir dalam lagu ini...
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan
10 comments:
Warkah di hari raya,
Kehadpan saudara Pycno dan Bea yang dihormati,
Syukur Alhamdulillah saudara berjaya menamatkan puasa enam dalam suasana penuh cabaran yg getir. Kepada Bea saya doakan diberi kekuatan untuk menyempurnakannya walaupun baru sembuh demam dan terpaksa menemani Pycno dalam misi 3H2M nya itu.
Bea, kalau tak daya berjalan di sana nanti sbb keletihan berpuasa, mintak Pycno dukung. Saya pasti dia akan lakukannya sebab anda telah relahati menemaninya kali ini, hehe
Oklah, selamat ber 3H2M di PP. Sepatutnya saudara letak lagu raya oleh Boria Sg Pinang, baru kena!
p.s. Lagu raya M Nasir ni favorite saya. Evergreen habis!
pps Bila nak belanja kami di kopitiam oldtown tu????
Buat pycno sekeluarga
tahniah pycno berjaya menamatkan puasa enam, semoga bermanfaat bagi pycno dan berjaya diakhiri dengan tenang. Juga, saya ucapkan semoga Bea tidak berterusan dalam keadaan yang tidak sihat.
pos skrip:
saya selalu dengar tentang kopitiam ni, apa sebenarnya kah agaknya? belum pernah saya menjamu di situ lagi. Mula mula didengari saya ingat kopi itam (black coffee)
Sekian,
wassalam
Tak sabarnya nak tunggu esok! InsyaAllah saya tamat puasa 6 hari ni (Selasa). Syoknya semua orang celebrate raya 6.
Ayah saya pun selalu bawa kami adik beradik (time kami sekolah rendah dulu) breakfast di Kopi Tiam, Muar. Tak sangka ada lagi orang yang minat makanan sebegitu.
Selamat bercuti 3H2M (Tiru DITH)
syukur selesai puasa 6 dan selamat bercuti.
kami pernah tinggal di sg bakap pulau pinang waktu saya bekerja di sg acheh dan hosp pulau pinang. sudah 15 tahun tak kesana. sudah beberapa kali rancang tapi tak berjaya untukbercuti di pulau pinang. namun begitu jika singgah di nibung tebal atau parit buntar, jangan lupa singgah gerai satay dee. dia ada>10 cawangan. rakan saya sewaktu di sana dan dia sudah tukar no hp, so tak boleh nak hubungi. :(.
selamat bercuti.
selamat bercuti dan selamat hari raya maaf zahir batin. Tahun ni xde jamuan raya lagi? hehhhe. =)
ps: can i have ur hp num? Here's my new one 0172937409
Kehadapan DITH dan ikelah,
Warkah mu selamat diterima. Buat masa ini, cabaran buat Bea amat hebat kerana masih belum menyempurnakan puasa enam lagi. Bea....Bea....
Walaupun Bea dalam segala kelemahan menemani pycno, tidaklah pula dia minta didukung. :)
Sungguhpun saya suka ke Tanjung, Boria Sg Pinang tak pernah pula tersenarai didalam lagu kegemaranku. Lagu M. Nasir ini memang lagu kegemaran kami juga. Belanja di kopitiam tu bila-bila masa saja.
Ikelah, tentang gerai satay dee itu, mungkin lain kali lah pula. Kerana 3H2M ini pun, memang edisi Jalan-Jalan Cari Makan. Rasanya perut yang kecil semasa Ramadhan sudah kembali mengembang semula :)
Mynn - Nampaknya seperti mama sarah tahu apa itu kopitiam. Mengapa tidak bertanya kepada dia sahaja? Lepas sudah mendapat jawapan, kita bolehlah mengadakan pertemuan di Kopitiam KL nanti. Apa kata mynn? Pycno ini kurang gemar ke Starbucks atau Coffee Bean.
Mama Sarah - Giliran saya pula mengucapkan tahniah pada Mama Sarah. Ada masak istimewa ke raya enam? Mynn ada juga ke buat puasa enam? Kena suruh dia buat juga, jangan asyik mengambil gamabar je :)
Afie - Tahun ini pycno tak buat perjumpaan lah, tapi kalau Afie, Abah dan Emak ingin berjumpa pycno, boleh saja datang ke rumah. Tapi kena tunggu tiga minggu lagi. Sekarang terlalu sibuk :(
I will sms you my number on one condition. The number is only for your personal use, never to be given to others. Susahlah ada peminat ni. Nanti dikacau pula.
My first comment, yeay! Actually I've been reading your blog silently for a while :D Cuma segan nak tinggal comment. Anyway, tahniah kerana sudah berjaya habiskan puasa 6!
Naja - Dont worry Naja, you can even read my blog aloud :D
Jangan segan-segan nak tinggal komen. Pycno ni bbaik dan tidak sombong....;)
Thank you.
wah pycno, peminat makin bertambah.
mama sarah sedang membayangkan pycno sedang lenguh tangan kerana tanda tangan autograph peminat.
Mama Sarah - Alhamdulillah. Dah rezeki agaknya. Tanpa peminat, siapa lah Pycno?
Tapi, biasa lah tu...walaupun ramai yang suka dan memuji, tidak kurang juga yang mengutuk.
Tanda tangan peribadi dari Pycno khas untuk peminat setia sahaja. Yang lain-lain nya, 'secretary' saja yang tolong cop-kan!! ;)
Post a Comment